Tuesday, April 14, 2009

KeMaTiAn

Ingatlah mati di dalam apa jua keadaan,Agar kita tidak alpa, jiwa sentiasa subur dengan perasaan cinta dan takutkaan Tuhan.Kematian itu satu keyakinan dan kepastian yang pasti terjadi.Mati mesti diingati setiap ketika.
Kerana itu, mati adalah peringatan yang cukup baik. Saat kematian adalah satu masa yang amat dirindui oleh orang-orang yang mencintai Tuhannnya. Itulah jambatan pertemuan antara Khaliq dan hamba. Selepas kematian, setiap manusia akan sendirian, tanpa ayah, ibu, suami atau isteri, keluarga, sanak saudara atau sahabat handaai. Dia sendiri yang akan menanggung nasibnya sendiri.
Dua makhluk yang sangat mentaati Allah akan mempertanyakan amalannya, namun mereka ini TIADA LANGSUNG perasaan BELAS KASIHAN pada orang yang jauh lari dari Tuhan. Setiap amal baik dan buruk, pasti akan disoal..
Sabda Rasulullah SAW..” Setiap manusia yang mati akan terputus semua amalan, kecuali tiga perkara. Ilmu yang bermanfaat, sedkah dan doa anak yang soleh”…

No comments:

Post a Comment