Thursday, June 4, 2009

upacara pengebumian masyarakat kadazan di daerah penampang
upacara pengebumian masyarakat kadazan di dMisteri dan Kepercayaan Pengkebumian Masyarakat Penampang Budaya dan kepercayaan di sesuatu tempat adalah berbeza dengan tempat yang lain, begitu juga dengan daerah Penampang. Uniknya, kepercayaan dan misteri dalam upacara pengkebumian di daerah ini adalah sangat menarik untuk dikaji dan diketengahkan. Upacara pengkembumian lampau dan moden adalah sangat berbeza di daerah ini. Untuk kajian lebih mendalam, teruskan membaca bagaimana upacara lampau dan moden dilakukan.
Upacara pengkebumian lampau Bagi masyarakat lampau, kematian seseorang merupakan suatu musibah. Kaedah menanam mayat pada zaman lampau berbeza dari zaman sekarang dimana mayat pada dahulu kalanya ditanam didalam tajau besar dan sebahagian besar tajau tersebut diukir dengan cantik. Cara ini adalah untuk membiarkan jasad dan roh
si mati bersemadi dengan tenang di alam barzarkh. Biasanya kaedah penanaman mayat ini biasanya diamalkan oleh kaum kadazandusun di sekitar Daerah Penampang. Kini, terdapat sebahagian masyarakat yang masih mengamalkan kaedah ini dan Kubur Tajau ini masih ada terdapah di Kg Inobong Penampang. Upacara Pengkebumian Moden Keluarga si mati akan berkabung selama tujuh hari bermula dari saat pertama si mati menghembuskan nafasnya. Kaedah ini merupakan satu satunya kaedah yang di amalkan di Sabah iaitu di Daerah Penampang. Kronologi Hari Berkabung Berikut Merupakan Kronologi Hari Berkabung bagi keluarga si mati: Hari Pertama-hari ketiga: Mayat masih disimpan didalam keranda didalam rumah. Hari ketiga atau Hari keempat: Jasad disemadikan dalam tanah. Hari keenam: Upacara “Momisok” (Roh simati akan dipanggil untuk berjumpa dengan ahli keluarga) semasa upacara ini semua sumber cahaya akan ditutup begitu juga dengan bunyi. Para hadirin akan ditegah untuk berbuat bising. Hari ketujuh: Upacara “mogukas” (upacara untuk membakar barangan milik si mati agar dapat diguna pada alam kematiannya) Sepanjang tujuh hari tersebut permainan Katam-katam akan dimainkan iaitu satu permainan untuk memberi keuntungan (berunsurkan perjudian) kepada pengunjung atau saudara mara yang tiba ke rumah keluarga simati. Hari ke 40: Upacara sembahyang Hari ke 100: Upacara Sembahyang *Keluarga si mati akan memakai perca kain yang berwarna biru,kuning dan lain lain warna sebagai tanda kaitan kekeluargaan terhadap si mati. Namun semasa upacara “mogukas” kesemua perca kain berwarna itu akan dibakar bersama sama barangan simati.

No comments:

Post a Comment